Life Planning Principles | Prinsip Pelan Hayat

Prinsip Perancangan Kewangan sepanjang Hayat

Malay man reading

Membuat Perancangan

Perancangan kewangan adalah proses untuk:

  • Menentukan tujuan,
  • Menilai aset dan sumber daya,
  • Estimasi keperluan kewangan masa depan, dan
  • Membuat rancangan untuk mencapai matlamat kewangan.

Banyak elemen mungkin terlibat dalam perancangan kewangan seperti:

  • Pelaburan,
  • Peruntukan aset, dan
  • Pengurusan risiko.

Cukai, bersara, dan perancangan perumahan biasanya termasuk juga.

Kepentingan Perancangan Kewangan

Budgeting bills and checkbook

Penganggaran

Perancangan kewangan memainkan peranan utama dalam membantu individu mendapatkan hasil maksimum dari wang mereka.

Perancangan yang cermat boleh membantu individu dan pasangan menetapkan keutamaan dan bekerja terus menuju tujuan jangka panjang.

Hal ini juga dapat memberikan perlindungan terhadap yang tak terduga, dengan membantu individu mempersiapkan hal-hal seperti penyakit tak terduga atau kehilangan pendapatan.

Pengertian Perancangan Kewanagan

Pengertian perancangan kewangan adalah berbeza antara sesama lain.

Kepada sesetengah orang, ia mungkin bererti perancangan pelaburan untuk memberikan keselamatan selama masa pensiun.

Untuk yang lain, mungkin ini bererti perancangan tabungan dan pelaburan untuk menyediakan wang untuk pendidikan tinggi tanggungan.

Perancangan kewangan bahkan mungkin melibatkan pengambilan keputusan yang berkaitan dengan kerjaya atau memilih produk insurans yang tepat.

Menunda Perancangan Kewangan

Ship grounded near Bunmahon close up

Kapal tanpa kemudi

Kerap kali, ramai yang menunda rancangan untuk masa depan.

Mereka mungkin merasa perancangan tersebut tidak penting pada masa sekarang.

Namun, mereka yang hidup dari gaji ke gaji, boleh mendapatkan keuntungan dari perancangan kewangan dengan membuat anggaran.

Anggaran boleh digunakan untuk menentukan apa yang sebenarnya dihabiskan setiap bulan.

Ia juga bloeh menemukan cara untuk menggunting atau menghilangkan apa yang tidak perlu atau perbelanjaan luar kawalan.

Khidmat Profesional

Ramai yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan perancang kewangan untuk membantu mereka mencapai tujuan mereka.

Seorang penganalisis kewangan adalah seorang profesional yang memberikan nasihat dan panduan untuk spektrum yang luas dari masalah perancangan kewangan.

Bilakah Masa yang Sesuai

A young Malay girl contemplating

Kontemplasi: Hari ini?

Masa untuk membuat rencana kewangan adalah sekarang.

Tidak semestinya tahap pendapatan anda tinggi atau apa saja harapan untuk masa depan.

Tanpa rencana kewangan yang kukuh bagi kehidupan anda, itu adalah seperti sebuah kapal tanpa kemudi; hanya mengikuti gelombang yang tak tentu.

Untuk mendapat manfaat yang lebih dari kehidupan dan wang anda, mulailah rancangan kewangan anda hari ini.

%d bloggers like this: