Kekeliruan dalam Penilaian


Penilaian yang tepat

Malay Wedding Couple

Perkahwinan

Dalam artikel sebelum ini, saya telah menulis tentang pentingnya memberi nilai pada tujuan anda.

Kadangkala memanglah sukar untuk membuat penilaian, kerana kita belum menghadapi situasi demikian.

Contohnya, anda baru berumahtangga dan ingin sangat bercahaya mata. Berapakah kos yang hendak diketepikan?

Untuk situasi begini, anda boleh bertanya kepada saudara-mara atau kawan-kawan rapat yang sudahpun berkeluarga.

Ataupun anda boleh bertanya kepada seorang pakar perancangan kewanagan.

Mereka ada pengalaman yang luas tentang perkara tersebut kerana mereka telah menemui pelbagai klien atau prospek. Mereka boleh memberikan anggaran yang terbaik.

Matlamat bercanggah dengan kemampuan

Kadangkala ada matlamat anda bercanggah dengan kemampuan. Contohnya anda mahukan kerja yang senang tapi ingin untuk mendapt rumah yang besar. Kedua matlamat ini bercanggah kerana selalunya kerja yang senang bermakna mendapat pendapatan yang rendah.

Flat in Toa Payoh

Rumah HDB

Dengan adanya rumah yang besar, gadai janji bulanan adalah tinggi. Dalam contoh ini, anda ada dua pilihan:

  1. Bekerja lebih untuk mendapat pendapatan lebih, atau,
  2. Jangan membeli flat yang besar.

Ada juga masyarakat Melayu di Singapura yang kurang arif tentang perkara disebut. Mereka sanggup membeli rumah flat yang besar tetapi kemampuan mereka tidak boleh menampung gadai janji bulanan rumah.

Bila ditanya, alasan mereka adalah: “Dalam 3 tahun saya boleh menjual rumah dan mendapat keuntunggan besar”.

Jelas ini bukan sebuah langkah yang bijak. Kenapa?

Kalau anda hendak melabur dalam hartanah, ia bermakna anda membeli hartanah kedua. Mungkin anda tinggal di flat HDB dan membeli sebuah kondominium. Berspekulasi dengan hartanah kedua, bukan dengan rumah untuk famili anda.

Tidak kira harga hartanah meningkat atau merosot, mereka yang berspekulasi dengan rumah sendiri tetap rugi.

Bila harga hartanah meningkat

Rumah yang didiami keluarga dapat dijual dengan harga yang tinggi, malahan rumah flat yang kecil harganya pun meningkat. Harga rumah yang kecil itu kadangkala boleh menjangkau harga rumah flat yang besar tiga tahun lepas.

Hasil yang mereka dapat menjadi kurang dan lebih kecil lagi setelah membayar kos agen rumah. Pembayaran gadai janji rumah sama seperti dahulu ataupun lebih.

Dan paling sedih, mereka terpaksa mengambil pinjaman bank. Kalau tidak boleh bayar selama 6 bulan, bank akan memiliki semula rumah yang didiami keluarga.

Bila harga hartanah merosot

Rumah tidak boleh dijual dan pembayaran bulanan menjadi beban kewangan yang terbesar. Kalau rumah “terpaksa” dijual juga, mereka akan mendapat kerugian dan mungkin tidak mampu membayar wang muka 20 peratus untuk membeli flat baru.

Dalam undung-undung HDB, seseorang tidak boleh menyewa rumah dari HDB selama 30 bulan selepas menjual flat HDB mereka.

Kalau hendak menyewa flat, terpaksa menyewa dari pasaran terbuka. Harga sebulan tidak kurang $1,500 untuk sebuah rumah flat HDB.

Kesimpulan

Planting a money tree

Menanam Kekayaan Anda

Bolehkah anda membuat perancangan kewangan sendiri? Atau bertanya kepada saudara-mara dan kawan-kawan? Bagaimana pula dengan ustaz atau guru agama atau agen rumah?

Saya telah bertemu dengan ramai orang. Anehnya ada yang ikuti saranan dari kawan-kawan atau ustaz mereka.

Bila saya menyiasat lebih lanjut, ternyata bahawa saranan yang diberikan adalah tidak sesuai.

Perancangan kewangan adalah sangat penting untuk kehidupan sekarang. Gunakanlah khidmat daripada mereka yang ahli atau bertauliah dalam bidang ini.

Jika anda tidak merancang kewangan anda dengan betul, ia boleh menyebabkan kemiskinan.

Punca kekufuran adalah dari kemiskinan.

Soalan yang harus ditanya sebelum mengikuti saranan daripada sesiapapun:

Adakah mereka ahli dalam bidang atau perancangan kewangan? Kalau anda jatuh sakit, anda jumpa siapa? Peguam atau doktor?

About Gazali
The doctor diagnosed me as having: “Cacoethes scribendi”. The cure: To blog everyday.

One Response to Kekeliruan dalam Penilaian

  1. Pingback: Jangan Tetapkan Matlamat Kewangan dalam Isolasi « Pelan untuk Kehidupan

%d bloggers like this: