Tetapkan Tujuan Kewangan
January 3, 2011 2 Comments
Tujuan paling mustahak

Jalan Buntu
Perancangan kewangan adalah tentang membuat rancangan untuk mencapai matlamat kewangan anda.
Anda boleh membuat rencana yang sesuai, membeli produk yang canggih, tetapi kalau tidak ada tujuan maka itu semuanya adalah sia-sia sahaja.
Ia diibaratkan seperti berduduk di kereta dan menghidupkan enjin tanpa tujuan tertentu. Kereta itu tidak akan boleh membawa anda kemana-mana.
Kita mesti tahu dengan pasti matlamat atau destinasi. Dalam konteks perancangan kewangan, matlamatnya adalah kewangan.
Saya selalu menasihatkan klien saya, satu aspek yang penting adalah untuk mencapai kebebasan kewangan.
Apakah kebebasan kewangan
Kebebasan kewangan bermakna:

Memiliki hati dan fikiran bebas dari kebimbangan kewangan
- Ada sebuah rumah untuk famili.
- Mempunyai kekayan yang cukup untuk menghasilkan pendapatan pasif sehingga anda tidak perlu bekerja. Kalau berkerja, kerana kesukaan bukan terpaksa.
- Tidak ada tangunggan dan gadai janji rumah.
- Kalau ada tangunggan, ada kekayaan yang mencukupi untuk menghasilkan pendapatan pasif untuk menampung gaya hidup.
- Walaupun ditimpa sakit kritikal atau kecacatan, kebebasan kewangan tidak boleh hilang kerana kos rawatan sakit kritikal atau kecacatan telah dibayar melalui insurans.
Apa yang penting
Apa yang penting adalah menetapkan harga atau memberikan nilai kewangan untuk rancangan seperti:
- Menyimpan wang yang cukup sebanyak $2,000,000 untuk bersara bila usia 62.
- Menyimpan untuk membeli hartanah berjumlah $1,000,000.
- Mengambil cuti idaman yang berjumlah $5,000.
- Menunaikan fardhu haji yang berjumlah $10,000.
- Meninggalkan sejumlah wang untuk anak yang cacat yang mana dia boleh mendapat pendapatan sebanyak $2,000 sebulan seumur hidup.
Untuk membuat pelan kewangan kita mesti menyisihkan waktu untuk menetapkan tujuan. Sayang sekali banyak yang tidak berbuat demikian dan telah sampai ke usia untuk bersara.
Perancangan kewangan bukan hanya untuk mereka yang kaya, ada bisnes atau mendapat pendapatan yang lumayan. Bahkan mereka yang gaji rendah juga boleh mendapat manfaatnya.
Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Ini adalah Penting

Pingback: Jangan Tetapkan Matlamat Kewangan dalam Isolasi « Pelan untuk Kehidupan
Pingback: Kekeliruan dalam Penilaian « Pelan untuk Kehidupan